Cerita Disebalik Bantal Panas
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Kembali sekali lagi dalam lembaran baru dalam edisi blog. Kali ini EIS Niaga cuba mengintai produk yang mungkin menjadi tumpunan masyarakat satu ketika nanti. Tunggu aje ledakan atom yang akan EIS lakukan terhadap masyarakat Kuala Terengganu. Sebenarnya produk ini sudah berada dalam pasaran malaysia sudah lama dah. Kali pertama saya terlihat semasa mak saudara saya gunakan waktu dia lepas bersalin anak keduanya pada awal tahun 2010. Tetapi buat tak endah ajer sebab bini baru lepas bersalin. Tetapi melihat balik kepada fungsian produk ini, rasanya amat sesuai digunakan bukan hanya untuk ibu lepas bersalin, malah banyak lagi gunanya.
Lantaran itu, EIS Niaga cuba menjejak pembekal di Malaysia melalui laman-laman web dan blog. Ternyata produk ini sudah berada di seluruh negeri di Malaysia ni. Saya ajer yang tak sedar rupanya. Bagaimanapun hasil pemerhatian saya mendapati walaupun produk ini berleluasa dah, namun kuasa beli pengguna masih lagi rendah, kerana ramai sangat yang letakkan dengan harga tinggi. Ada yang jual rm65,RM 55 dan sebagainya lagi.
Inisiatif ke Arah menjadikan produk Mampu Milik.
- Meletakkan harga yang rendah (mampu milik)/ siling bagi setiap satu unit item yang dijual. Boleh beli dengan kami dengan harga cuma RM25.00 Seunit. Harap-harap harga promosi ini kekal dan makin rendahlah. sama-samalah kita doakan.
- Jaminan rosak diganti balik dengan yang baru. tapi ada syarat la dimana kerosakan disebabkan oleh kerosakan asal dari syarikat kami/ pembekal. Kalau rosak akibat kecuaian sendiri, kami tak tanggung la. Itu sedia maklum lah.
- Kepada mana-mana pengguna merasanya harga yang diberikan adalah masih lagi mahal, sila nyatakan dimana sumber yang anda boleh beli murah. Agar kita sama-sama war-warkan kepada masyarakat.Kesannya, kita sendiri akan mampu beli dan jual dengan harga murah dan berbaloi. Sila lengkapkan maklumat diruangan testimoni.
- Khidmat cara guna selamat juga akan di dokumenkan secara manual dan interaktif agar memudahkan penggunaan produk dengan cara yang selamat. Sebarang musihab yang berlaku akibat daripada penggunaan produk ini adalah tidak menjadi tanggungjawab EIS Niaga. khidmat kami cuba sediakan produk dengan harga murah dan selamat disamping penyediaan product knewledge sahaja. Selebihnya bergantung kepada pengguna masing-masing.
Setakat ini, tu aje yang difikirkan baik untuk anda dan baik untuk kami. Bagaimana kami boleh jual murah, itu kena jumpa saya la.. saya boleh terangkan satu persatu. Kerana banyak tool yang saya gunakan bagi merancang keuntungan minimum yang berterusan.
"YANG PASTI, SAYA GUNAKAN EMAS UNTUK BERNIAGA"
www.usahawanemas.net